• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambang Tak Naik, Pengusaha Bas Kurangkan Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Beberapa pengusaha bas dikatakan merancang untuk mengurangkan perkhidmatan secara berperingkat berikutan tiada kenaikan kadar tambang bas ekspres sehingga hari ini.‬

‪Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tindakan tersebut cukup membimbangkan kerana ia akan menjejaskan industri perkhidmatan asas yang menjadi nadi kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.‬

‪Malahan katanya, tindakan kerajaan yang hingga kini tidak mengumumkan kenaikan tambang bas baharu juga menjadi tanda tanya.

‪”Mereka (pengusaha bas) terbeban kerana terpaksa menanggung pelbagai peningkatan kos akibat kenaikan harga diesel, kos keselamatan bas, penyelenggaraan dan gaji pekerja.‬

‪”Kita percaya pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) bermula April depan antara punca yang menyebabkan ada diantara pengusaha bas yang mengurangkan operasi secara berperingkat,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.‬

‪Jelas beliau, pengusaha bas berkenaan terpaksa mengurangkan perjalanan ke destinasi tertentu untuk mengelakkan syarikat daripada gulung tikar.‬

‪”Sebagai contoh, jika sebelum ini syarikat menyediakan 10 kali perjalanan ke destinasi yang ditawarkan, mereka mungkin hanya menawarkan tujuh perjalanan sahaja,” katanya.‬

‪Antara syarikat bas yang gulung tikar adalah Foh Hup Omnibus Co Bhd, Len Omnibus Bhd, Penang Yellow Bus Co Bhd, Northern Malaya Transport Co Bhd, Ipoh and Rural Bus Service Sdn Bhd, Chin Wah Sdn Bhd, Sim Omnibus Bhd, Red Omnibus Sdn Bhd, Bee Huat Omnibus Sdn Bhd dan Seng Huat Bus Sdn Bhd.‬

‪Justeru, katanya, kenaikan tambang perlu supaya pengusaha bas memperoleh modal pusingan mencukupi terutama bagi menggantikan bas lama.‬

‪Bagaimanapun, katanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab, pengusaha bas tidak akan mengambil pendekatan drastik seperti mogok untuk mendesak kerajaan tetapi merayu supaya kenaikan tambang dipercepatkan.‬

‪”Kita tahu mogok salah disisi undang-undang terutama bagi pengusaha bas yang disenaraikan dalam industri perkhidmatan asas,” katanya.‬

‪Beliau berkata, walaupun masih belum ada sebarang perkembangan terbaharu mengenai perkara itu, pihaknya akan terus berhubung dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) agar pendekatan proaktif dilaksanakan segera bagi mengurangkan tekanan pengusaha bas.‬

‪Jelasnya, permohonan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus telah dikemukakan kepada SPAD pada Mei tahun lalu.‬

‪”Kita selalu adakan perjumpaan dengan pegawai SPAD tetapi mereka suruh kita tunggu. Saya pun tidak tahu sampai bila kita harus sabar..‬

‪”Kadar 30 peratus dalam permohonan tahun lepas berdasarkan kadar semasa, tetapi selepas setahun masih belum ada kata putus mengenainya,” kata Mohd Ashfar.‬

‪Jelas beliau, tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008, dan sejak itu pengusaha bas mengalami kenaikan kos sehingga 36 peratus.‬ – mStar Online

Tags: bas ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd