• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Omar Tanpa Kuda, Tarik Diri Acara Ekuestrian

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Atlet ekuestrian Malaysia Syed Omar Abu Bakar Al Mohdzar menarik diri daripada Sukan Asia Ke-17 selepas kudanya gagal mendapat kelulusan untuk dibawa ke Korea Selatan.

Syed Omar, yang tiba di sini dengan pengurus pasukan dan penjaga kudanya untuk mengambil bahagian dalam acara show jumping individu, dimaklumkan kudanya perlu menjalani prosedur wajib iaitu rekod pergerakan 60 hari dan pengasingan selama seminggu.

Menurut kenyataan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Syed Omar telah melantik seorang doktor veterinar untuk mengendalikan pengangkutan kudanya dari Belgium ke Incheon menerusi Amsterdam.

Syarikat pengangkutan yang dicadangkan Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Incheon (IAGOC) sepatutnya mengaturkan bagi ujian perlu, tetapi tidak dinyatakan kuda itu perlu menjalani ujian Coggins (bagi jangkitan anaemia ekuin) sebelum meninggalkan Belgium.

Pada 22 Sept, Syed Omar menerima panggilan daripada pihak di Belgium menyatakan Kementerian Veterinar Belanda tidak membenarkan kuda itu dibawa ke Amsterdam kerana tidak menjalani ujian Coggins.

Jabatan Veterinar Korea menghubungi makmal dan mengesahkan ujian Coggins tidak dilakukan ke atas haiwan itu.

Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Daniyal Balagopal Abdullah dalam kenyataan pada Sabtu berkata, amat malang Syed Omar terpaksa menarik diri daripada temasya itu.

“Beliau telah membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membuat persediaan bagi Sukan Asia. Dan usahanya itu sia-sia,” katanya.

Syed Omar memenangi pingat gangsa dalam acara show jumping berpasukan pada Sukan Asia Busan 2002, bergandingan dengan Quizer Ambak dan Syed Zain Syed Abu Bakar Al-Mohdzar. – BERNAMA

Tags: atletSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd