Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Tangan Remaja 14 Tahun...

KEMAMAN - Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak yang dilahirkan dengan sempurna...

Khazanah, KWSP Tolak Maju...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menolak tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil...

BNM Serbu Aktiviti Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengetuai serbuan bersama terhadap MGSB Berhad...

Aset, Anggota TUDM Sedia...

IPOH - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sentiasa bersiap siaga untuk menggerakkan aset...

Suki OIAM Teruja Nantikan Kelahiran Anak Sulung

PENYANYI Suki Low Sook Yee atau Suki mengakui teruja menantikan kelahiran anak sulungnya yang dijangka akan lahir pada awal Disember ini.

Suki yang kini sedang hamil enam bulan sedang mempersiapkan diri sebagai bakal ibu dengan banyak membaca buku mengenai perkara terbabit.

Memetik mStar, Suki berkata, “biasalah, menjadi bakal ibu kepada anak sulung, banyak perkara yang kita perlu belajar dan saya mula serius membaca pelbagai buku mengenai perihal ibu-ibu mengandung”.

Suki juga turut memuat turun pelbagai aplikasi yang boleh diguna pakai terutama sekali cara penjagaan makanan dan kesihatan buat ibu yang hamil di telefon pintarnya.

Penyanyi berusia 24 tahun ini disahkan doktor bahawa dia akan menimang cahaya mata lelaki hasil ujian imbasan yang dilakukan sebelum ini.

Suki mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Jeremy Chong, 32, pada 12 Disember 2012 di sebuah majlis tertutup di Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC

sukii

Oleh: AUDREY LEE

Kategori

Leave a Reply