• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir acara individu di Sukan Asia namun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Nguyen Tien Minh dalam aksi tiga set, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Gyeyang itu, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia mencatat kemenangan sukar 2-1 kepada pemain Vietnam, Nguyen dalam masa sejam 15 minit.

Seakan hilang fokus, Chong Wei tumbang pada set pertama 21-23 sebelum bangkit pada set kedua untuk mencatat kemenangan 21-16.

Dan pada set penentuan, Chong Wei yang garang pada satu ketika seperti membiarkan Nguyen bangkit untuk menyamakan kedudukan 17-17 sebelum menamatkan permainan dengan 21-17.

Di separuh akhir, Chong Wei dijangka akan bertemu musuh tradisinya, Lin Dan yang akan beraksi dalam satu lagi suku akhir menentang pemain Jepun, Kenichi Tago.

Dalam satu lagi suku akhir, pemain China, Chen Long turut mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan menundukkan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho. – BH Online

Tags: Lee Chong WeiSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd