• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Teliti Laporan Peruntukan PPS

oleh Ahmad Albab
07/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sedang meneliti laporan kemungkinan berlaku penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS)

Pengarahnya, Datuk M. Samarajoo berkata, pihaknya akan membuka fail siasatan sekiranya terdapat unsur rasuah.

“Setakat ini satu laporan diterima Selasa lepas…kita sedang teliti,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Larian Hapuskan Rasuah anjuran Wanita Gerakan Pulau Pinang yang dilancarkan Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr Cheah Soon Hai di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1.5 bilion kepada PPS.

Bagaimanapun Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam kenyataan semalam mengesahkan berlaku kesilapan penggunaan perkataan ‘bilion’ dalam laporan Umno Online bertarikh 4 September lepas itu dan ia telah diperbetulkan kepada RM1.5 juta.

Dalam pada itu Samarajoo berkata, SPRM negeri telah membuka 37 kertas siasatan dan merekodkan 13 tangkapan berkaitan pelbagai kes rasuah dari Januari hingga 8 Ogos tahun ini.

Beliau berkata kebanyakan mereka yang terlibat ialah penerima suapan dan terdiri daripada penjawat awam namun tiada pegawai tinggi kerajaan ditahan setakat ini.

Terdahulu, Soon Hai berkata, larian bertema ‘Jangan Beri, Jangan Terima’ itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tanpa mengira latar belakang dan peringkat umur untuk bersama-sama berikrar menolak perbuatan rasuah.

“Generasi muda terutamanya perlu sentiasa diberi peringatan dalam pelbagai medium supaya menjauhi perbuatan menjurus ke arah rasuah walau dengan apa cara atau tujuan sekalipun,” katanya.

Seramai 2,000 peserta terdiri daripada penuntut USM, pelajar sekolah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai larian sejauh 3.5 kilometer itu. – BERNAMA

Tags: PPSSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dewan Ulama PAS Ingatkan Ahli Ulama Pewaris Nabi!

Next Post

Khairy Harap Atlet Kekal Kecemerlangan Di Incheon

Related Posts

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

Next Post

Khairy Harap Atlet Kekal Kecemerlangan Di Incheon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd