Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Resah dengan pergolakan dalaman yang sedang berlaku dalam parti PAS pada waktu ini, Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) hari ini mengeluarkan satu risalah untuk semua ahlinya.

Risalah sebanyak tujuh perkara itu antara lain mengingatkan semua ahli parti itu bahawa golongan ulama termasuk ulama dalam PAS adalah pewaris Nabi Muhammad SAW.

“Ahli PAS tidak berdampingan dengan ulama. Mereka kebanyakannya berdamping dengan orang yang jahil dan mendengar pandangan daripada juhala’ dalam meneliti sesuatu perkara dan isu.

“Bukankah ulama adalah pewaris Nabi SAW,” kata risalah yang diedarkan oleh Setiausaha Lajnah Penerangan DUPP, Muhd. Najhan Abd. Halim.

Risalah itu turut menegur ahli PAS yang berada dalam jemaah Islam tapi tidak berjemaah dalam solat dan tidak menghadiri majlis ilmu di surau dan masjid menyebabkan mereka bertelingkah sesama sendiri.

DUPP turut menegur ahli PAS yang kurang membaca dan memahami al-Quran, tidak mengamalkan sunah dan menjauhi solat subuh serta isyak berjemaah menyebabkan mereka bertelingkah.


Risalah itu turut menyelar ahli PAS yang banyak melepak di warung, kedai mamak dan restoran walaupun pada waktu solat menyebabkan mereka mengalami `penyakit’ itu.

PAS mengalami pergolakan dalaman apabila DUPP berbeza pendapat dengan pimpinan politik PAS berhubung sokongan ke atas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pimpinan politik PAS dalam satu mesyuarat bersama PKR dan DAP sebelum ini mencapai persetujuan menyokong Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun, DUPP bertindak menghantar surat lain kepada Sultan Selangor yang mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS menjadi Menteri Besar Selangor. – mynewshub.my

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAS

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...