• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shabery Lancar Single DJ Dave Peringati Tragedi MH17, MH370

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penyanyi veteran Datuk DJ Dave hari ini memperkenalkan single terbarunya “Di Pertemuan Abadi” sempena memperingati mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dan insiden kehilangan pesawat MH370.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang melancarkan single khas itu di sini berkata usaha DJ Dave harus dipuji kerana ia satu usaha murni untuk menunjukkan rasa simpati kepada mangsa dalam bentuk lagu.

“Lagu yang boleh dibeli dalam bentuk album dan ‘caller ringtone’ adalah satu usaha kreatif bagi memberi peluang bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan sokongan dan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga tragedi MH17 dan MH370,” katanya.

Ahmad Shabery turut memaklumkan bahawa semua hasil jualan single itu serta caller ringtone akan disalurkan kepada tabung keluarga mangsa kedua-dua insiden terbabit.

Beliau berkata inisiatif dilakukan DJ Dave patut dicontohi semua penggiat seni di negara ini dan juga untuk tujuan-tujuan lain pada masa hadapan.

DJ Dave atau nama sebenarnya Datuk Irwan Shah Abdullah berkata ilham untuk menghasilkan lagu tersebut tercetus semasa beliau terkenang nasib yang menimpa keluarga mangsa dan Malaysia Airlines yang ditimpa dua peristiwa besar dalam beza waktu yang singkat.

Katanya lirik lagu itu hasil ciptaan Habsah Hassan dan susunan muzik oleh Belle Fatah.

Pada majlis pelancaran itu, DJ Dave turut mendendangkan lagu daripada single tersebut.

Pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Beijing pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lepas.

Empat bulan kemudian, MAS sekali lagi diduga dengan penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyMH17MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd