Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Mustapa Mahu Tumpu Kelantan...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu memberikan tumpuan...

Agong Berangkat Ke Rumah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan untuk berangkat ke majlis Rumah...

Pakatan Rakyat Sudah Tiada...

PETALING JAYA - Pengundi muda akan memastikan Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang di...

Henti Tajaan: MARA Tak...

PETALING JAYA - Majlis Amanah Rakyat (MARA) tidak perlu memaklumkan kepada Kementerian Pengajian...

Sebanyak 1,774 Kes Denggi Dicatat Di Melaka

MELAKA – Sebanyak 1,774 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 30 Ogos lepas di Melaka, meningkat 1,363 kes berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata angka tersebut meletakkan Melaka sebagai negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes demam denggi selepas Kelantan dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak lima kes kematian dicatatkan berbanding dua kematian tahun lepas.

“Program kesedaran denggi menerusi Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) akan diteruskan di seluruh negeri dengan penumpuan diberikan di peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Seri Negeri hari ini.


Dalam perkembangan lain, Idris berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diarah untuk menyediakan kemudahan bagi orang kelainan upaya (OKU) dalam setiap pembangunan di kawasan masing-masing.

Katanya setiap PBT turut diarah meletakkan wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap OKU sebagai anggota jawatankuasa teknikal.

“Melaka masih lagi kurang kesedaran dalam konteks menyediakan kemudahan kepada warga OKU dan langkah ini perlu diambil serius bagi memberi kemudahan kepada golongan berkenaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori