Sample Page Title

EDINBURGH: Rakyat Scotland mengundi untuk kekal berada di bawah pemerintahan United Kingdom (UK) dalam satu pungutan suara bersejarah negara itu, Jumaat.

Berdasarkan keputusan 31 daripada 32 wilayah, pihak pro-penyatuan negara itu menang tipis dengan 2,001,926 undian, manakala undian yang mahukan kemerdekaan daripada UK adalah sebanyak 1,617,989.

Perdana Menteri David Cameron mengalu-alukan keputusan Scotland untuk terus menjadi sebahagian daripada gagasan itu selain daripada England, Wales dan Utara Ireland.

“Seperti jutaan rakyat yang lain, saya tumpang gembira,” katanya dalam sebuah ucapan sejurus keputusan diumumkan.

Kata Cameron lagi, beliau pasti akan berasa terkilan sekiranya Scotland memilih untuk berpisah daripada United Kingdom, sekaligus menamatkan penyatuan selama lebih tiga dekad antara kedua kerajaan itu.

“Kami sedia mendengar,” pesan Cameron kepada yang mengundi untuk keluar daripada UK sebelum menambah,”Ini adalah peluang keemasan untuk memperbaiki corak pemerintahan di masa terdekat.”

Dalam pada itu, Cameron turut menjanjikan ‘perjanjian yang adil dan saksama’ kepada seluruh negara yang berada dibawah pemerintahannya.

Keputusan akhir referendum tersebut mencatatkan pihak pro-kemerdekaan kalah dengan purata 10 peratus iaitu sebanyak 44.65%, manakala pihak pro-penyatuan menang dengan undi majoriti sebanyak 55.25%.MYNEWSHUB

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...