Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Gaza Semakin Terhimpit, Israel...

BAITULMAQDIS - Israel mengetatkan sekatan di Semenanjung Gaza semalam sebahagiannya ekoran layang-layang bawa...

2 Inisiatif Tingkat Industri...

KUALA LUMPUR - Dua inisiatif baharu akan dilaksanakan bagi merancakkan lagi industri kreatif...

Permohonan Pelajar Ke Sekolah...

PUTRAJAYA - Permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat...

2 Lelaki Ditahan, 223...

SANDAKAN - Polis Sandakan menahan dua lelaki warga asing dan merampas 223.6 gram...

Saya Akan Sokong MB Baharu – Khalid

SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar baharu yang dilantik oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menggantikan tempat beliau.

“Kita bagi ruang kepada Sultan untuk laksanakan perkara ini (pelantikan Menteri Besar ) dengan tertib dan teratur.

“Saya rasa kebijaksanaan dan kesaksamaan Sultan dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik dan sempurna. Saya akan memberikan sokongan dan kepercayaan sepenuhnya kepada Sultan bagi melantik sesiapa saja untuk menggantikan tempat saya,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK Shah Alam di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai desas-desus Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad bakal dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Ketika ditanya bilakah tempoh terdekat pengumuman pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, Khalid bagaimanapun enggan mengulas sebarang kenyataan mengenainya kerana pihaknya sudah diarahkan oleh Istana Selangor untuk tidak membuat sebarang kenyataan.

“Saya dah dinasihatkan oleh pihak Istana untuk tidak buat sebarang kenyataan kerana ia akan mengelirukan banyak pihak. Kita tunggu sahaja pengumuman dari Istana,” katanya.
– BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori