Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Cabaran Baldi Ais yang kini menjadi ikutan ramai boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa berkata aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.

“Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka. Perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk,” katanya kepada Bernama.

Beliau mencadangkan ujian klinikal dilakukan bagi mengesan kesannya sebelum sebarang acara ini dianjurkan.

“Di United Kingdom, dilaporkan seorang remaja meninggal apabila dia melakukan cabaran dengan terjun ke dalam air,” tambahnya.

Namun Dr Zaleha berkata Cabaran Baldi Ais adalah baik kerana ia mendatangkan kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan ia dilakukan bagi memungut derma untuk tujuan tersebut. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...