• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satelit Keenam Negara, Measat-3b Dilancar Hari Ini

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATELIT keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit oleh roket pelancar Ariane 5 ECA di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana tepat jam 6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia (7.05 petang Khamis waktu tempatan).

Ini adalah pelancaran satelit ke-75 Ariane 5 ECA dan kali ketiga untuk siri satelit Measat-3.rn. Turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi MEASAT Global Berhad (MEASAT), Datuk Umar Abu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon.

Pada masa sama di Kuala Lumpur, kira-kira 400 pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang yang berkumpul seawal jam 4 pagi di Pusat Sains Negara dijemput untuk menyaksikan pelancaran secara langsung itu.

Satelit berkenaan yang terbesar dan tercanggih seberat 5,897 kilogram berbanding lima satelit sebelum ini dibangunkan dengan kos AS$350 juta (RM1.13bilion) oleh MEASAT sejak Jun 2011 untuk tujuan komunikasi.

Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa Lepas MEASAT, Dr Ali R Ebadi berkata cuaca yang baik membantu pelancaran satelit pada hari ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya 15 Oktober ini.

“Masa ‘tingkap’ pelancaran adalah 62 minit bermula jam 6.21 petang waktu Kourou dan dalam tempoh itu satelit perlu dilancarkan jika terlepas ia perlu dilakukan keesokannya, justeru tempoh ‘tingkap’ ini amat penting.

“Ia mengambil masa 27 minit untuk pelepasan Measat-3b daripada roket dan tujuh minit kemudian untuk satelit penumpang Optus 10,” katanya menjelaskan apa yang berlaku sewaktu satelit dilancarkan.

Ali berkata, pelepasan itu membolehkan Measat-3b diletakkan ke orbit berputar geostesyen dalam tempoh lima hari oleh enjin khas digelar Apogee.

Selepas panel suria dan antena dikeluarkan, katanya, ia mengambil masa tiga minggu untuk melakukan ujian orbit pada slot 84.5 darjah Timur supaya ia tidak mengganggu operasi Measat-3 dan Measat-3a di slot 91.5 darjah Timur pada ketinggian 35,800 kilometer.

“Apabila tempoh tiga minggu berakhir Measat-3b kemudian dipindahkan ke slot 91.5 darjah Timur bersama Measat-3 dan Measat-3a namun memerlukan dua hari untuk dapat beroperasi sepenuhnya.

“Kemudian barulah saya dapat menyerahkan operasi satelit kepada pusat arahan di Cyberjaya,” kata Ali, seorang warga Iran yang terbabit dalam pembuatan Measat-3 sejak 1996. :- BH ONLINE

Tags: MEASATSATELIT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Bina Satelit Untuk Korea Utara

Russia Bina Satelit Untuk Korea Utara

13/09/2023
0

MOSCOW: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengumumkan akan menjadikan hubungan dua hala dengan Russia sebagai keutamaan nombor satu. Pengumuman...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd