Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Menteri Guna Jentera Kerajaan...

Kuala Lumpur : Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi...

Lebih 49 Ribu Penjawat...

KUALA LUMPUR - Lebih 49,000 penjawat awam berdepan risiko menjadi muflis berikutan kegagalan...

Polis Kedah Terima 5...

ALOR SETAR - Polis Kedah hari ini menerima lima laporan daripada orang awam...

Komuniti Esszone Perlu Berwaspada,...

LAHAD DATU - Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)...

Sanggup Bayar RM255,000 Untuk Nombor Telefon Kegemaran

ORANG kalau dah berduit , apa saja boleh dibeli. Macam lelaki Arab ini, sanggup membayar SR300,000 (RM255,000) untuk mendapatkan nombor telefon kegemarannya.

Memetik laporan Agensi, pembelian itu dilakukan dalam satu acara lelongan nombor unik bagi telefon bimbit anjuran Syarikat Telekom Saudi (STC) di Hotel Ritz Carlton di Riyadh, kelmarin.

Sebanyak 64 nombor khas dikategorikan sebagai ‘berlian,’ ‘emas’ dan ‘perak.’ Lelong itu terbuka kepada mereka yang berusia lebih 15 tahun.

Seorang pembida yang juga ahli perniagaan yang dikenali sebagai Muhammed, 35 berkata, dia tidak kesal membayar harga tinggi untuk mendapatkan nombor telefon yang digemarinya.

Katanya, dia membayar SR20,000 (RM17,000) untuk mendapatkan nombor unik itu supaya ia mudah diingat oleh anggota keluarga dan rakannya.

“Yang penting saya puas kerana memperoleh satu nombor unik,” katanya.

Seorang lagi pembida untuk kategori perak menawarkan sehingga SR10,000 (RM8,500) untuk mendapatkan satu nombor tetapi menarik diri kerana tidak mampu membayar lebih daripada itu.


Bidaan bagi kategori perak bermula pada harga SR3,000 (RM2,550).

STC bagaimanapun enggan mendedahkan pembida yang membayar sebanyak SR300,000 mahupun nombor yang dipilihnya.

Namun, seorang pegawai STC berkata, pihaknya tidak dapat menjual semua nombor pada hari itu memandangkan ada bidaan yang terlalu rendah daripada yang dijangka.

“Nombor itu akan dilelong pada tarikh yang akan ditetapkan syarikat tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, jualan nombor unik pada acara lelongan itu mencecah SR5 juta (RM4.3 juta). :- MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori