Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Ubah Sikap Anggota Parlimen...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan transformasi Parlimen perlu dimulakan anggota-anggota Parlimen itu sendiri yang...

Al-Fatihah – Sekilas Setahun...

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia pada 12...

Pelajar Perlu Panduan Kendali...

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah dan kolej perlu menyediakan platform untuk pelajar mereka...

Kerjasama Peniaga Naik Taraf...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meminta para peniaga yang terbabit dalam projek...

Sambutan Hebat, Tempoh Serah Axia Lebih Lama

KUALA LUMPUR – Penyerahan Perodua Axia dijangka mengambil masa yang lebih lama berikutan sambutan luar biasa pengguna.

Sejak dilancarkan baru-baru ini, Perodua Axia sudah menerima 20,000 tempahan sejak ia dibuka pada 15 Ogos lepas.

“Kami terharu atas sambutan yang ditunjukkan oleh orang ramai ke atas tawaran terbaru kami, dan kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk menyerahkan kenderaan tersebut dalam tempoh yang munasabah,”  kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.

Katanya Perodua sedang berbincang dengan pihak vendor mengenai kaedah  terbaik untuk memenuhi permintaan tinggi itu.


Perodua Axia dibuat di kilang pengeluaran Perodua terbaharu – Global Manufacturing Sdn Bhd, yang memulakan pengeluaran besar-besaran model itu pada pada awal bulan ini.

Perodua Global Manufacturing mampu menghasilkan 100,000 kenderaan setahun pada setiap pusingan waktu dan mempunyai kadar automasi yang tinggi pada 75 peratus.

Perodua Axia merupakan model pertama kereta jimat tenaga yang dibuat oleh syarikat Malaysia dengan sokongan rakan kongsinya, Daihatsu Motor Company of Japan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori