Bukan rahsia lagi, zaman moden bukan petanda kurangnya golongan manusia yang menggunakan ilmu sihir untuk menyusahkan manusia lain yang dibenci mereka.
Salah seorang mangsa adalah Tuan Asmawi Tuan Omar (gambar) yang merupakan pengasas program realiti berunsur kerohanian di Astro, Imam Muda.
Menurut beliau yang berkongsi kejadian ini di Facebook, terdapat taburan lada hitam dikesan memenuhi sekitar pagar rumahnya sampai ke beranda ketika pulang ke rumah selepas mengubat orang di Hulu Langat, Khamis lalu.
Perbuatan ini dipercayai dilakukan oleh pihak yang cuba menggunakan sihir selepas tidak puas hati kerana pesakitnya lari selepas berubat dengan Tuan Asmawi.
Ini bukan kali pertama pihak terbabit cuba menggunakan sihir kerana taburan lada hitam turut dilakukan Rabu lepas ketika beliau sekeluarga tiada di rumah kerana bercuti di Cameron Highlands.
Kepada pihak terbabit Tuan Asmawi sempat menitipkan pesan supaya peluruskan dahulu bidang rawatan Islam jika benar mahu membantu pelanggan dan usah membazir mengupah orang untuk menabur lada hitam lagi selepas ini kerana ia tidak memberi apa-apa kesan pun padanya. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC