• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RON97: KPDNKK Pantau Harga Turun 10 Sen

oleh Ahmad Albab
10/09/2014
dalam Hangat, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua stesen minyak menurunkan harga petrol RON97.

Penurunan harga jualan runcit petrol itu di seluruh negara sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.75 berkuat kuasa tengah malam Isnin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, Kementerian Kewangan memaklumkan mengenai perkara itu kepada pihaknya menerusi pekeliling yang dikeluarkan lewat malam Isnin.

Sehubungan itu, KPDNKK mengarahkan semua stesen minyak di negara ini yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga bahan api itu.

“Saya meminta semua stesen minyak yang menjual petrol RON97 supaya menurunkan harga. Pengusaha yang gagal berbuat demikian akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Harga RON97 yang sebelum ini adalah RM2.85 seliter.

Jelas Alias lagi, hanya sebahagian daripada 3,600 stesen minyak di seluruh negara yang menjual petrol RON97 di mana kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar.

Terdahulu, berita mengenai penurunan harga bahan api disahkan oleh Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman. – mStar

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Michael Schumacher Keluar Dari Hospital

Next Post

Guru Maut Nahas Jalan Raya Ketika Perjalanan Ke Sekolah

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

Next Post

Guru Maut Nahas Jalan Raya Ketika Perjalanan Ke Sekolah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd