DALAM diam rupanya penyanyi senior, Rohana Jalil sudah pun berhijab sejak Ramadhan lalu.
Perkhabaran itu kami perolehi menerusi laporan Media Hiburan Online.
Bagaimanapun, ibu kepada pelakon Kilafairy itu berkata, dia masih lagi dalam proses memperbaiki diri.
“Sudah tiba masanya namun ada juga terlepas nampak leher. Perlahan-lahanlah. Akan diperbaiki lagi,†ujarnya.
Tak mengapalah Kak Rohana. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh…
Berikut merupakan beberapa gambar Rohana berhijab yang diambil daripada akaun Instagramnya:
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.CC
(Sumber foto: Instagram Rohana Jalil)






