Ikhlas cakap kalau sebut tentang karier memang tak berapa nak ingat drama atau filem mana lakonan Lana Nodin yang meninggalkan kesan.
Mungkin belum rezeki dia untuk dapat watak yang betul-betul memberi impak kot.
Apa pun, Lana sentiasa diingati kerana imej seksi selain gosip cinta ekspres dengan pelakon Johan Ashaari tidak lama dulu.
Ketika rapat sekejap dengan Johan, ramai memuji Lana kerana penampilannya yang semakin jauh dari imej seksi yang selama ini membalut dirinya.
Tapi tup-tup lepas itu, hubungan mereka berdua diuar-uarkan tak jadi pula sebab halangan keluarga dan sebagainya.
Kata orang patah tumbuh hilang berganti… kini Lana dipercayai sudah punya cinta baru malah sedang bahagia bercuti bersama kekasih hatinya itu di negara matahari terbit sejak lima hari lalu.
Apa yang menjadi kontroversi, jejaka tampan yang dikongsikan Lana untuk tatapan pengikut Instagramnya itu kelihatan bertatoo.
Maklumlah walau seksi bagaimana sekalipun, Lana tetap orang Islam jadi hubungannya bersama kekasih berlainan agama sudah pasti jadi bualan peminat.
Namun apabila isu ini jadi bualan panas di Instagram, secara tak langsung Lana memberi hint jejaka itu memang kekasihnya apabila memberitahu dia dalam proses membuang tatoo dan mempunyai perancangan untuk memeluk Islam.
Lana turut menegur seorang pengikut Instagram yang terlalu lancang isu tatoo dengan menyuruhnya bersyukur kerana lelaki tersebut mahu memeluk Islam dan bila itu berlaku keadaanya seperti kain baru (kuih putih la maksud Lana tu kot).
Tinjauan kami bagaimana pun mendapati, gambar Lana bersama jejaka di atas sudah pun dikeluarkan dari Instagramnya.
Jika benar lelaki bertatoo itu kekasih Lana dan mereka mempunyai perancangan untuk berumah tangga, kami doakan yang terbaik untuk pasangan ini.
Apa pun Lana, kami yakin anda tahu bukan tatoo sahaja yang disebut dalam hukum Islam tetapi juga batas pergaulan lelaki dan perempuan bukan mahram.
Jadi jaga diri baik-baik ketika bercuti di negara orang tu tauuu. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC




