Sample Page Title

TUMPAT – “Pulang dan tolong cikgu, bila lagi nak tolong cikgu,” kata Mat Razi Mat Ail, calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kepada bekas pelajarnya.

Mat Razi, 48, bekas guru di Sekolah Menengah Geting, di sini, mahu bekas pelajarnya yang layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu 25 Sept ini serta menyokong perjuangan beliau dalam BN.

“Saya seru kepada bekas anak murid supaya pulang dari perantauan dan tolong cikgu pada hari pengundian.

“Walaupun tak suka atau ada salah faham masa cikgu mengajar dulu, cikgu mohon maaf dan harap bekas pelajar tak kira yang berada di luar Kelantan atau di daerah lain untuk pulang mengundi,” katanya dalam sidang media di Pusat Media BN di sini, pada Rabu.

Selain itu, Mat Razi berkata tindakan parti pembangkang menyerang peribadinya dengan mempertikaikan gelaran ustaz adalah sebagai perkara biasa.

“Selain dari mempersoalkan gelaran itu, belum ada serangan peribadi lain ditimbulkan pihak pembangkang dan setakat ini penerimaan orang ramai terhadap saya juga semakin baik,” katanya.

Ditanya mengenai petua untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang kempen PRK ini, Mat Razi berkata amalan yang sentiasa dilakukannya pada setiap pagi adalah minum air zam-zam bersama madu dan cuka kurma.

“Itu amalan setiap awal pagi iaitu selepas subuh dan sebelum tidur untuk kekal cergas.


Selain itu, saya juga suka makan bawang putih setiap kali makan nasi untuk kekuatan tubuh badan,” katanya.

Beliau turut menasihati wartawan beragama Islam untuk mengamalkan solat sunat dhuha setiap hari kerana ia merupakan punca rezeki.

“Kerja, kerja juga tapi jangan tinggal solat sunat dhuha, percayalah ada hikmah kerana ia punca rezeki,” katanya.

Pilihan raya kecil ini membabitkan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...