• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Makanan Malaysia Dapat Tempat Di Amerika Latin

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Produk makanan Malaysia menembusi  pasaran Amerika Latin berikutan kempen promosi yang dijalankan oleh Perbadanan   Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Lapan syarikat Malaysia mempamerkan produk mereka pada misi khusus pemasaran sempena ExpoAlimentaria 2014, selama tiga hari di Lima, Peru, pada Ogos lepas.

ExpoAlimentaria 2014 ialah antara pesta makanan terbesar di Amerika Latin.

Produk Malaysia yang diterima baik pada pameran tersebut termasuk puding jeli dan minuman Nata de Coco, coklat bijirin dan marshmallow, kata Pesuruhjaya Perdagangan Matrade di Chile Noor Ezzwanee Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata produk Malaysia mempunyai potensi permintaan di pasaran Peru  berdasarkan interaksi dengan pengunjung dan pengimport produk makanan di pameran itu.

“Ramai daripada mereka sedang mencari produk baharu dari negara lain untuk   diperkenalkan di rantau ini, dan telah meminta produk Malaysia seperti kuih, termasuk puding, kek, biskut dan wafer, dibawa masuk,” katanya.

Bagi wakil Blossom View Sdn Bhd, pameran itu membolehkan syarikatnya mempromosi produk sarang burung di Amerika Latin, dengan menggunakan Peru
sebagai pintu masuk.

Wakil Central Vista (M) Sdn Bhd, pengeluar makanan ringan daripada jagung,  berkata misi itu membolehkan syarikat berkenaan memperoleh peluang pasaran baharu dan mengenal pasti pelanggan baharu.

Amerika Latin mengimport RM105.6 juta makanan diproses dari Malaysia pada  2013 dengan koko dan persediaan koko menyumbang 32.4 peratus daripada pasaran, diikuti marjerin dan lelemak (31.9 peratus) dan sayur-sayuran dan buah-buahan prapenyediaan/diawet (19.5 peratus).

Pada masa ini, kebanyakan rantaian pasar raya dan kedai runcit di Amerika Latin mengimport 60 peratus daripada produk mereka dan pasaran barangan runcit di Peru dijangka bernilai RM64.52 bilion menjelang 2018. – BERNAMA

Tags: Matrade
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MATRADE Sasar RM5 Bilion Eksport Syarikat Pertengahan

MATRADE Sasar RM5 Bilion Eksport Syarikat Pertengahan

13/07/2022
0

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan peningkatan hasil eksport di bawah Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP)...

Misi Ke India, Bangladesh Jana Jualan RM145 Juta

23/11/2018
0

NEW DELHI - Syarikat Malaysia yang menyertai dua misi promosi perdagangan ke Bangladesh dan India bulan ini memperoleh perjanjian jualan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd