• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK PENGKALAN KUBOR: Wan Rosdi Calon Pilihan PAS

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT, 11 Sept (Bernama) : PAS mengumumkan Setiausaha Kawasan Tumpat Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Pengumuman itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis di Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini, malam tadi.

Ahmad berkata pemilihan Wan Rosdi, 56, adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan aktiviti kemasyarakatan menerusi parti, selain menyifatkan beliau seorang yang berwibawa.

Sementara itu, Wan Rosdi, ketika ditemui selepas pengumuman itu, berkata beliau tidak menjangka dan terkejut kerana dipilih sebagai calon berikutan terdapat ramai lagi tokoh PAS di kawasan itu yang mampu menjadi calon.

Wan Rosdi, seorang kontraktor binaan, berkelulusan dari Institut Kemahiran MARA, turut memegang jawatan sebagai Penyelia DUN Pengkalan Kubor dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Kelantan Bhd.

Beliau dijangka akan menghadapi pertandingan sengit dengan calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail.

PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU ke-13, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Untuk PRK ini, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada Sabtu ini manakala pilihan raya kecil pada 25 Sept ini. – BERNAMA

Tags: PRKPRK Pengkalan Kubor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

Amanah Sedia Bertanding Dalam Mana-Mana PRK

15/08/2024
0

Amanah pada umumnya sedia memberi laluan kepada parti dalam kerajaan perpaduan yang menjadi penyandang untuk dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya...

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

TERKINI PRK: PN Menang Di Sungai Bakap, Majoriti Naik 4,267 Undi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd