• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Pengkalan Kubor : Sempadan Malaysia-Thailand Dikawal Ketat

oleh AK-47
24/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGKALAN KUBOR (Kelantan) – Sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor kawasan laluan Sungai Golok sempadan Malaysia dan negara Thailand diketatkan kawalan mengelakkan aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Tinjauan Mynewshub.cc ke kawasan sempadan berhampiran Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor menunjukkan anggota Unit Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengawal laluan sungai berkenaan.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor terletak di hujung Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Thailand di Tak Bai.

Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui, laluan sungai berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Pengkalan Kubor menjadi laluan bot penambang haram yang membawa pendatang asing dari Thailand masuk ke Malaysia.

Sempadan_2

Bot yang diletakkan berhampiran jeti juga dilihat tiada enjin di belakangnya, kerana disorokkan penambang haram bagi mengelakkan aktiviti dikesan.

 

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada berkata pihak kementerian tahu ada orang di kawasan Pengkalan Kubor memiliki dua kad pengenalan satu warganegara Thailand dan satu Malaysia.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf mereka yang mempunyai dua kerakyatan.

Katanya, didapati ada pihak yang ketika pilihan raya di Malaysia, mereka pulang dan mengundi di Malaysia dan begitu sebaliknya.

Tinjauan di kawasan lain di sepanjang Sungai Golok  di Munduk, juga mendapati kawalan ketat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghalang sebarang perbuatan menceroboh sempadan negara.

Sempadan_3

Laluan yang dikatakan menjadi ‘laluan tikus’ dikawal ketat dengan kehadiran anggota tentera.

DUN Pengkalan Kubor akan menghadapai PRK pada lusa bagi mencari pengganti mengisi kekosongannya selepas kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar.

BN meletakkan wakilnya Mat Razi Mat Ail berhadapan dengan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.  – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: PRK Pengkalan KuborThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd