Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Hanya Kerajaan Tidak Waras...

KUALA LUMPUR - Apa sahaja perkara baik dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyatnya...

Budak Sempat Naik Basikal...

Terkejut tatkala mendengar kisah berani daripada seorang budak lelaki 13 tahun yang berasal...

Hukuman Sebat Di Tempat...

KOTA BHARU – Hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan akan dilaksanakan...

8 Individu Ditahan Kes...

SHAH ALAM - Polis menahan lapan individu dipercayai terlibat dengan kes pencemaran bau...

PRK: 109 Pengundi Awal Tunai Tanggungjawab Ahad Ini

TUMPAT – Sebanyak 109 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu Ahad ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mereka akan mengundi di Pusat Pengundian Awal di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Katanya, pusat pengundian awal itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang pada hari berkenaan.

“Pengundian awal ini dibuat lima hari lebih awal daripada hari pengundian biasa dan proses pengundian itu adalah mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu adalah  Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.

Katanya proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding pada PRK berkenaan.

“Pemerhati tempatan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan ahli akademik yang dilantik oleh SPR juga dibenar menjadi pemerhati pada proses pengundian awal itu dengan kebenaran daripada polis,” kata Abdul Ghani.


Katanya kertas-kertas undi itu tidak akan dikira di Saluran atau Tempat Mengundi sebaliknya akan disimpan di tempat selamat seperti dalam lokap polis.

“Kertas undi itu hanya akan dikira pada hari pengundian. Pengiraan kertas undi akan dijalankan secara berkelompok di tempat-tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi disaksikan oleh ejen calon masing-masing,” katanya.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor mempunyai 24,039 pemilih berdaftar iaitu  terdiri daripada 23,929 orang pengundi biasa, 109 orang pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara).

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada PRK 25 Sept ini, calon BN Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori