• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Rampas 16 Senjata Api, Lelaki Dari UK Pun Terbabit… Mengapa?

oleh Ahmad Albab
27/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Polis Kedah merampas 16 senjata api termasuk raifal dan senapang patah bersama lebih 1,000 butir peluru yang melanggar syarat lesen interim dan dipercayai sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warganegara United Kingdom, berumur 40-an, yang menanam senjata api itu di sebuah rumah di Kampung Belanga Pecah di sini, 9 malam Rabu lepas.

“Pemilik senjata api itu merupakan pemilik kapal dagang yang berlabuh di perairan Langkawi, yang digunakan untuk tujuan keselamatan tetapi dibawa naik ke daratan dan ia menyalahi syarat lesen dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, hari ini.

Katanya senjata api itu dirampas atas dasar keselamatan dan khuatir senjata terbabit disalah guna.

“Rampasan ini tidak ada kaitan dengan kegiatan pengganas atau militan,” katanya.

Ahmad berkata polis turut mengenal pasti seorang lelaki warga New Zealand yang merupakan pemilik senjata itu yang bertanggungjawab atas penyimpanan senjata api berkenaan.

Katanya lelaki berumur lingkungan 40-an itu dipercayai majikan kepada tiga individu yang ditahan dalam serbuan itu.

“Kita sudah kesan kedudukan lelaki itu yang kini berada di luar negara dan kita akan pastikan dia ditahan untuk tindakan lanjut sebaik memasuki negara ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Sementara itu, Ahmad berkata sehingga kini sebanyak 23 laras senjata api dirampas dalam dua kes di pulau ini termasuk tujuh laras senjata api pada 18 Sept lepas.

Polis Kedah merampas raifal terbabit di sebuah kapal mewah dan menahan seorang lelaki warga Afrika Selatan dan teman wanitanya warganegara Thailand.

Mengenai keselamatan perairan Langkawi, Ahmad berkata kedudukannya adalah selamat dan terkawal. – BERNAMA

Tags: Langkawipelikpolissenjata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

10 Exco Baharu Selangor Angkat Sumpah

Next Post

Telur Ikan Goreng Berempah Da’bomb

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Telur Ikan Goreng Berempah Da'bomb

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd