• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pulau Pinang Bertindak Ikut Undang-Undang : Abdul Rahim

oleh Ahmad Albab
14/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata beliau dan pasukannya menjalankan tugas mengikut undang-undang dan bukan sesuka hati untuk kepentingan sendiri.

Beliau menegaskan polis juga tidak bertindak atas desakan mana-mana pihak sebaliknya mematuhi peraturan sedia ada.

Justeru, katanya, polis tidak terjejas dengan cacian dan tohmahan badan bukan kerajaan atau individu yang tidak berpuas hati dengan tugas mereka.

“Tanggungjawab polis adalah menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara… bukan untuk mendengar tohmahan orang ramai semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas program Safe Camera (SafeCam) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan penyerahan pelekat kamera litar tertutup antara polis dan Auto-City di sini, malam tadi.

Abdul Rahim mengulas catatan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia, Ramesh Reo dalam laman twiternya yang menyatakan “Ketua Polis Pulau Pinang takut dengan Lim Guang Eng? sampai bila nak jadi barua DAP’.

Ramesh memuat naik status itu semalam berikutan polis belum menahan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Pada 31 Ogos lalu, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas PPS didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sehari selepas itu, polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer manakala timbalan pasukan itu yang juga Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik, Khamis lalu.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahim berkata, SafeCam Polis PDRM, yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan awam dan mengekang jenayah, akan diperluaskan ke beberapa lokasi lain di Pulau Pinang secara berperingkat.

Menerusi pelaksanaan SafeCam PDRM itu, pemilik syarikat, agensi kerajaan atau pihak yang mempunyai CCTV di premis masing-masing boleh menjalinkan kerjasama dengan polis apabila menjadi anggota SafeCam.

“Menerusi program ini juga ia memberikan akses segera kepada pihak polis terhadap rakaman video untuk tujuan pengambilan bukti serta siasatan dan meningkatkan tahap keselamatan setempat di kawasan berkepentingan.

“Di Pulau Pinang, PDRM bekerjasama dengan Auto-City yang mempunyai 1,000 CCTV di kawasan perniagaannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Obama Kecam Pelampau Pancung Warga Britain

Next Post

La Liga: Neymar Terus Rentak Cemerlang Barca

Related Posts

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

Kebakaran Paip Gas: 529 Ditempatkan Di Dua PPS, 111 Dirawat – 13 Di Zon Merah

02/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Seramai 111 mangsa mendapatkan rawatan di hospital susulan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights,...

Kebakaran Saluran Gas: Kerajaan Selangor Aktifkan PPS

Kebakaran Saluran Gas: Kerajaan Selangor Aktifkan PPS

01/04/2025
0

Shah Alam: Kerajaan Selangor telah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada...

Next Post

La Liga: Neymar Terus Rentak Cemerlang Barca

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd