• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melancarkan ‘Ops Godam ATM’

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis kini melancarkan ‘Ops Godam ATM’ melibatkan pasukan khas daripada Polis Bukit Aman dan polis kontinjen negeri berkaitan susulan beberapa insiden Mesin Teler Automatik (ATM) digodam mengakibatkan lebih RM1 juta lesap setakat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)(Jenayah Siber dan Multimedia) SAC Mohd Kamarudin Md Din berkata penjenayah yang terlibat akan diburu secara besar-besaran.

Menurutnya, polis percaya anggota sindiket yang dikatakan berasal dari Amerika Latin dan Asia Barat itu masih berada di negara ini.

“Justeru, kami mengaktifkan pemantauan di setiap pintu masuk negara sama ada melalui jalan darat, laluan laut dan laluan udara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terbaharu, polis menerima satu lagi laporan berhubung kejadian menggodam mesin ATM melibatkan cawangan sebuah bank di Kota Damansara, mengakibatkan kecurian kira-kira RM300,000.

Terdahulu, Affin Bank dalam kenyataan hari ini berkata sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam mesin ATM kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor.

Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Menurut polis, insiden di Kota Damansara itu melibatkan kecurian wang dalam satu mesin ATM walaupun dua ATM didapati diusik penjenayah.

Secara kasar, tujuh mesin ATM milik dua kumpulan perbankan digodam, dipercayai menggunakan sim kad telefon dan sistem teknologi tertentu, sejak Sabtu lepas.

Menurut Mohd Kamarudin, pihak bank terlibat sedang menjalankan semakan bagi menentukan tarikh sebenar kejadian yang menimpa institusi masing-masing.

Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin berkata gambar suspek hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kini disebarkan di seluruh negara termasuk bagi tujuan pemantauan di pintu masuk.

Menurutnya, belum ada tangkapan dibuat dan identiti suspek masih belum dikenal pasti. – BERNAMA

Tags: mesin ATMpenggodam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

Penggodam Tajaan Russia Didakwa Cuba Ceroboh Sistem Microsoft

09/03/2024
0

WASHINGTON: Microsoft mendakwa kumpulan penggodam tajaan Russia bernama Midnight Blizzard cuba menceroboh sistemnya sekali lagi, dengan menggunakan maklumat yang dicuri...

Polis Berkas 11 Lelaki Disyaki Godam Sistem Komputer Kerajaan

18/02/2021
0

SHAH ALAM - Sekumpulan 11 lelaki disyaki terbabit kegiatan menggodam sistem komputer kerajaan, ditahan dalam tujuh serbuan berasingan di seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd