• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lancar ‘Ops Albatross’, Buru Suspek Godam Mesin ATM

oleh AK-47
01/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak polis hari ini melancarkan ‘Ops Albatross’ untuk mengesan dan memberkas sindiket menggodam mesin pengeluaran wang automatik yang kini semakin menjadi-jadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata siasatan awal polis terhadap kes itu mendapati beberapa individu dipercayai warga asing telah berjaya membuka panel bahagian atas mesin ATM menggunakan sejenis ‘common key’.

Satu cakera padat (CD) komputer dimasukkan ke dalam ruang CD-ROM yang terdapat dalam mesin ATM berkenaan yang kemudian dimasukkan pula virus dikenali sebagai “ulssm.exe”.

“Selepas mengeluarkan CD, panel berkenaan akan ditutup dan sindiket terbabit akan mengeluarkan wang di dalam ATM menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakannya.

“Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun puntung rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Mortadza berkata polis komited untuk membanteras jenayah berkenaan bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan.

Kelmarin, sejumlah RM568,000 lesap daripada sebuah mesin ATM di dua buah bank di USJ 10, Subang Jaya dan Petaling Jaya di ibu negara dengan menggunakan kepakaran teknologi menggodam.

Penjenayah tidak pun menggunakan sebarang alat pengumpil atau merosakkan ATM berkenaan.

Suspek setakat ini dipercayai warga Amerika Latin berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun dan mereka telah melakukan sebanyak 137 transaksi bagi tujuan jenayah itu.

Selepas kes itu, terdapat lagi kes sama berlaku termasuk yang terbaru kira-kira pukul 7 petang semalam.

Memetik laporan Agenda Daily, kes terbaru melibatkan sebuah bank di Kota Damansara dengan kerugian berjumlah kira-kira RM300,000.

Dua lagi ATM di cawangan bank sama di Klang (RM150,000) dan Kelana Jaya juga digodam pada kira-kira pukul 4 petang semalam.

Setakat ini, 13 buah cawangan bank membabitkan dua bank tempatan dan sebuah bank antarabangsa telah menjadi mangsa penjenayah antarabangsa itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: mesin ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Caj RM1 Dikecualikan Di ATM Rangkaian MEPS

03/04/2020
0

CAJ pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) diberi pengecualian berkuatkuasa...

Jangan ‘Serbu’ Mesin ATM, Pasar Raya!

25/03/2020
0

SEPERTI sedia dimaklumi, semua penjawat awam menerima gaji pada hari ini, namun perlu diingatkan agar mereka terus kekal mematuhi peraturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd