Sample Page Title

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka semula kertas siasatan kematian Setiausaha Politik dari DAP Teoh Beng Hock selepas Mahkamah Rayuan mendapati Beng Hock tidak membunuh diri dan kematiannya adalah akibat tindakan yang menyalahi undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohamad Salleh berkata satu pasukan khas yang diketuai Timbalan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh akan memulakan siasatan dalam tempoh terdekat.

Mohamad berkata pasukan itu juga akan memanggil semula semua saksi dan memeriksa semula lokasi kejadian, memetik laporan laman web Malay Mail.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Beng Hock dan memutuskan bahawa kematiannya itu angkara seorang atau beberapa orang suspek yang tidak dikenali.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat keputusan itu sebulat suara dan memerintahkan supaya siasatan lebih terperinci dijalankan berkaitan kematian itu, tanpa mengecualikan pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga anggota panel itu menyediakan penghakiman bertulis masing-masing. Dua lagi hakim ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Panel itu memerintahkan supaya diketepikan keputusan terbuka yang dibuat Mahkamah Koroner dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan semakan semula.


Mah, yang membacakan penghakiman beliau terlebih dahulu, memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan iaitu ketika berada dalam tahanan pegawai SPRM.

Beliau berkata, Teoh dipanggil ke pejabat SPRM sebagai seorang saksi dan tertakluk kepada soal siasat sehingga awal pagi, yang jelas menunjukkan bahawa hak beliau telahpun dicabuli.

Mengenai kemungkinan Teoh membunuh diri, Mah menolak kemungkinan itu, dengan berkata tulisan tangan pada nota bunuh diri yang didakwa ditulis Teoh tidak boleh disahkan pakar sebagai tulisannya.

Tambahan pula, katanya, perilaku Teoh sebelum insiden itu jelas menunjukkan bahawa beliau berkeadaan waras dan sedang sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinannya.

Mah turut merujuk dengan terperinci kepada pandangan dua pakar ketika menolak bunuh diri sebagai kemungkinan penyebab kematian seperti yang dicadangkan oleh peguam yang mewakili SPRM semasa inkues. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...