Bagi peminat dan pemakan budu tegar, jenama Budu Cap Ketereh sememangnya popular dan sedap. Namun, berapa ramai pula yang mengenali pengasas dan pemilik jenama itu, Mat Ismail Jusoh.
Mengusahakan kilang budunya di Pengkalan Kubor, tiada siapa pun menyangka daerah itu mempunyai usahawan berjaya dengan nilai jualannya mencecah RM10 juta setahun.
(VIDEO: Bantal Kekabu, Dari Kedah Ke Amerika Syarikat – KLIK)
Memetik laporan Harian Metro, tauke budu Mat Ismail mudah dikenali kerana identitinya yang gemar berkain pelekat tidak kira pada majlis rasmi atau tidak.
“Saya lebih selesa berkain pelekat kerana saya orang kampung,†katanya.
“Saya akan belikan Pok Wil kain pelekat baru apabila ke Dubai nanti untuk mengembangkan perniagaan budu ke peringkat antarabangsa,†kata Mustapa.
Mat Ismail berkata, kilang budu miliknya adalah yang terbesar di negara ini dan memperoleh sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, baru-baru ini.
Bercerita bagaimana dia mengembangkan perniagaannya, bapa kepada lapan anak itu berkata, dia memulakan perniagaan lebih 30 tahun lalu dengan hanya menggaji empat pekerja tempatan. Kini beliau mempunyai 80 pekerja yang terdiri daripada penduduk sekitar kampung terbabit.
Menurut Mat Ismail, pembungkusan makanan tradisional itu turut melalui proses inovasi apabila dikeluarkan dalam dalam bentuk tiub seperti ubat gigi. lham menghasilkan budu dalam bentuk tiub terbit ketika kunjungannya di Vietnam selepas sukar memperoleh makanan halal di negara itu.
Inovasi itu dibangunkan bersama Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia serta Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.
“Pembungkusan terkini itu turut menyelesaikan masalah untuk membawanya menaiki kapal terbang memandangkan botol tidak dibenarkan,†katanya. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA