• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Akui Hadapi Kesukaran Isu MB Selangor – Azmin Ali

oleh AK-47
08/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui misinya untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Selangor dengan meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalami sedikit kesukaran.

Timbalannya Mohamed Azmin Ali (Gambar, kiri) kini meminta semua pemimpin dan ahli PKR bertenang dan tidak melakukan sebarag tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana politik di negeri itu.

Azmin bagaimanapun yakin barisan kepimpinan parti mampu mengatasinya berdasarkan pengalaman dan semangat muafakat dalam Pakatan Rakyat (PR).

“PKR komited dengan PR, perpaduan pakatan perlu diperkukuhkan.

“Justeru itu, saya berharap pimpinan dan anggota tidak melatah, sebaliknya sentiasa berhemah, tenang dan berhikmah dalam semua keadaan.

“In Sha Allah, kita akan menggunakan kebijaksanaan untuk menjernihkan kekeruhan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan dipetik portal Malaysiakini.

Azmin dipetik sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengatakan PKR dan DAP disifatkan biadap kerana ingkar titah baginda dalam soal pencalonan siapa yang menjadi Menteri Besar.

Perkara itu dizahirkan Sultan Selangor melalui Setiusaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan media hari ini.

Kemurkaan Sultan Sharafuddin berpunca daripada tindakan PKR dan DAP yang tetap berkeras mahu mencalonkan hanya satu nama untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar iaitu Dr Wan Azizah.

Titah Sultan sebelum itu mahu pemimpin setiap parti di dalam PR untuk mencalonkan sekurang-kurangnya dua nama untuk dipertimbangkan dan dipilih untuk dilantik mengetuai jentera pentadbiran negeri itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd