• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persediaan Peperiksaan Ulangan UPSR Lancar

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan berpuas hati persediaan yang dilakukan pihak sekolah bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kertas soalan yang bocor, pada esok dan 9 Okt ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata guru besar dan guru sekolah telah melakukan tugasan sewajarnya termasuk penyediaan bilik peperiksaan supaya calon dapat menduduki peperiksaan itu dengan baik dan selesa.

“Saya juga dimaklumkan bahawa guru besar dan guru-guru ini turut memberi motivasi dan galakan kepada murid, melakukan pelbagai program untuk terus membantu calon,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lima  sekolah di sekitar ibu kota.

Bertujuan melihat persediaan sekolah dan murid untuk menghadapi peperiksaan ulangan itu, lawatan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan Jalan Bellamy, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil St Joseph, Sekolah Kebangsaan Sentul 1 dan Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1).

Khair juga memaklumkan bahawa berdasarkan perbualannya dengan murid sekolah, mereka berkata telah bersedia untuk menduduki peperiksaan ulangan itu dan berazam mendapat keputusan yang baik.

“Ada juga murid yang memberitahu peperiksaan ulangan adalah peluang kedua untuk mereka lakukan penambahbaikan,” kata Khair sambil menasihatkan semua calon supaya tidak berasa bimbang sekiranya mereka telah melakukan ulang kaji secukupnya.

Beliau berkata calon dan ibu bapa serta pihak lain perlu sedar bahawa peperiksaan ulangan itu dibuat bagi memastikan kredibiliti dan integriti UPSR, dan calon boleh berbangga bahawa keputusan yang diperoleh kelak adalah keputusan tulen.

Bagi memastikan kelicinan dan tiada insiden kebocoran kertas peperiksaan, Khair memaklumkan pihaknya telah mempertingkat prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kertas soalan bermula proses penggubalan dan percetakan hingga ke aspek penyimpanan dan pengedaran ke bilik peperiksaan.

“Kita juga memastikan mereka yang mempunyai akses kepada kertas soalan juga dihadkan jumlahnya supaya tidak berlaku insiden ada yang terlihat soalan,” katanya.

Khair juga menjelaskan bahawa calon yang tidak hadir pada peperiksaan ulangan akan direkodkan sebagai ‘T’ iaitu ‘Tidak Hadir’ dan menurutnya, ini akan menyebabkan calon tidak dapat mengetahui tahap pencapaian dalam mata pelajaran berkenaan.

Peperiksaan ulangan kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 serta kertas Sains 018, 028 dan 038 dijadual berlangsung esok.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt.

Sebanyak 472,853 murid menduduki UPSR tahun ini di seluruh negara. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd