Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Cedera Ditikam Semasa...

BAGAN SERAI - Seorang lelaki cedera diperut akibat ditikam dengan sebilah pisau dalam...

Yayasan Pendidikan Indus Terima...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan geran permulaan RM5 juta kepada Yayasan Pendidikan Indus...

Seorang Lelaki Maut Ditikam...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam oleh abang angkatnya di...

Peluang Terakhir Dapatkan Ps...

KUALA LUMPUR - Pelanggan Hotlink dan peminat kumpulan pop dari Britain, One Direction,...

Perhilitan Rampas 4 Ekor Ular, Iguana Di Melaka

MELAKA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas lima ekor haiwan yang disimpan tanpa permit khas dan lesen di sebuah rumah, di Taman Melaka Baru di sini, semalam.

Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata rampasan dilakukan sepasukan unit penguatkuasa berdasarkan risikan dan maklumat orang ramai kira-kira 3.30 petang.

Beliau berkata haiwan yang dirampas ialah seekor ular spesis Ball Python, ular Sawa Batik, ular Sawa Batik Albino, ular spesis Copper Head Racer dan seekor iguana.

“Kita masih menyiasat sama ada haiwan ini dijadikan peliharaan atau untuk dijual,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.


Noorzakiahanum berkata hasil pemeriksaan, pemilik rumah tersebut gagal mengemukakan dokumen sah bagi setiap hidupan liar berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori