• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Bimbang Harimau Malaya Hampiri Kepupusan

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Haiwan Harimau Malaya menghampiri status kepupusan apabila Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menganggarkan bilangan haiwan itu yang masih ada di negara ini cuma sekitar 250 hingga 340 ekor.

Perhilitan dalam satu kenyataan memberitahu, anggaran bilangan Harimau Malaya yang masih wujud di Malaysia itu berdasarkan kajian yang dilakukan dari tahun 2010 hingga 2013 di lokasi habitat haiwan berkenaan.

“Status Harimau Malaya telah mencapai sesuatu yang amat kritikal. Maklumat terbaru ini juga menunjukkan Harimau Malaya kini memenuhi senarai Merah Kesatuan Antarabangsa Bagi Konservasi Alam (IUCN) untuk haiwan terancam,” kata kenyataan itu.

Perhilitan turut melahirkan kebimbangan maklumat terbaru itu bakal menggagalkan Pelan Tindakan Harimau Belang Kebangsaan (NTCAP) yang menyasarkan sebanyak 1,000 ekor Harimau Malaya di Malaysia menjelang tahun 2020.

Menurut kenyataan itu, walaupun pelbagai usaha pengukuhan undang-undang dan meningkatkan rondaan dilakukan untuk pemuliharaan Harimau Malaya tetapi ia berhadapan kekangan hebat.

Jelas kenyataan it, ia berikutan keluasan hutan tropika yang besar dan ancaman pemburuan haram berikutan permintaan pengkomersialan dan kemusnahan hutan.

Justeru, kata kenyataan itu, Perhilitan dengan kerjasama Pakatan Pemuliharaan Harimau Malaysia (MyCat) akan memperhebatkan mekanisme untuk menangani kepupusan haiwan itu.

Tags: harimau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

Penangkapan Harimau Di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan: Amaran Dari Alam

11/01/2026
0

Penangkapan seekor harimau di Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, berhampiran Ipoh, mengingatkan kita tentang hakikat yang kian mendesak: konflik manusia–hidupan liar...

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

Kurang 48 Jam, Lelaki Myanmar Jadi Mangsa Kedua Maut Dibaham Harimau Di Gua Musang

12/11/2023
0

GUA MUSANG : Seorang lelaki Myanmar menjadi mangsa kedua yang maut dibaham harimau belang kurang dari tempoh 48 jam dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd