• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Berucap Pada Perhimpunan Agung PBB

oleh Ahmad Albab
20/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan acara kemuncak lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Amerika Syarikat bermula Sabtu (Ahad, di Malaysia).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Najib dijadual menyampaikan pernyataan negara pada perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB ke-68, di sini pada 26 Sept.

Perdana Menteri dijangka antara lain, berkongsi program transformasi ekonomi negara dan mendapatkan sokongan bagi pencalonan Malaysia untuk menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), katanya semalam.

Di peringkat antarabangsa, beliau berkata Najib mungkin menyentuh mengenai kecaman Malaysia terhadap usaha untuk menukar pemimpin beberapa negara Islam yang dipilih secara sah, dengan cara yang menyalahi undang-undang serta mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 dan MH17.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba di bandar raya ini pada Sabtu malam (pagi Ahad di Malaysia).

Anifah memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa Najib diundang oleh Akademi Sains New York sebagai seorang daripada penceramah utama pada majlis pelancaran antarabangsa Global STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) Alliance, di sini pada 22 Sept.

Global STEM Alliance direka untuk menghubungkan pelajar dari seluruh dunia melalui platform usaha sama digital dan pembelajaran rangkaian sosial.

Sempena majlis itu, yang diadakan di ibu pejabat PBB, Rosmah akan menerima Anugerah Hero STEM untuk menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia, katanya.

Hari berikutnya, Anifah berkata, Najib akan menyertai Persidangan Perubahan Iklim PBB 2014 di ibu pejabat PBB.

Perdana Menteri juga akan menyampaikan pernyataan untuk menggariskan usaha dan pandangan Malaysia memerangi perubahan iklim global sebelum bertolak ke Washington D.C. pada hari sama untuk menyampaikan ucaptama di Universiti Georgetown, katanya.

Anifah berkata Perdana Menteri akan menghadiri Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi (Bio-IAP) pada 24 Sept di New York yang beliau dijangka menyampaikan ucapan pembukaan.

Najib kemudian dijangka mempengerusikan mesyuarat ke-4 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York di sini, katanya.

Menteri Luar berkata mesyuarat itu adalah selaras dengan agenda transformasi Perdana Menteri untuk meningkatkan keupayaan Malaysia dalam bidang sains dan inovasi, dan menyediakan hala tuju strategik bagi pembangunan industri bioteknologi di Malaysia.

Pada sebelah malam hari yang sama, Najib akan menganjurkan majlis makan malam bersama warga Malaysia di sini sebagai sebahagian program pendampingan sosial kerajaan dengan warga Malaysia yang tinggal, belajar dan bekerja di Amerika Syarikat (AS).

Pada 25 Sept, Najib dijadual bertemu pemimpin perniagaan di Sesi Meja Bulat Pelabur anjuran Bursa Malaysia di sini, dan beliau juga dijangka menganjurkan majlis makan tengah hari untuk eksekutif perniagaan kanan AS.

Anifah berkata pada hari itu juga, Najib akan menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-AS di sini bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi menarik untuk pelaburan.

Pada hari sama juga, Najib juga diundang menghadiri Mesyuarat Terbuka Ketua-ketua Kerajaan Komanwel mengenai Pembaharuan CHOGM pada sebelah petang.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan kesukarelawanan belia seperti yang terkandung dalam inisiatif ‘1Malaysia for Youth’ (1M4U), Najib dan Rosmah akan menyertai aktviti sukarela 1M4U di sini.

Anifah berkata Najib akan mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa pemimpin dunia untuk bertukar pandangan mengenai isu kepentingan bersama dan untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

Menteri Luar itu berkata beliau (Anifah) akan menyampaikan kenyataan pada Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Menteri-menteri Luar OIC dan mempengerusikan Kumpulan Penghubung OIC mengenai Sierra Leone.

Anifah juga akan mengambil bahagian dalam pelbagai mesyuarat dan persidangan, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa OIC mengenai Palestin, Mesyuarat Menteri-menteri Luar Komanwel, Mesyuarat Majlis Menteri-menteri D-8, Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Luar Asean dan Mesyuarat Menteri Triti Pengharaman Menyeluruh Ujian Senjata Nuklear (CTBT).

Najib dijadual berlepas pulang dari sini pada 28 Sept. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

Rakyat Anggap Pengumuman Perdana Menteri Melebihi Jangkaan

23/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemberian RM100 secara sekali beri kepada setiap warganegara berusia 18...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd