• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peratusan Keluar Mengundi Dijangka 70 Peratus: SPR

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, esok akan mencecah 70 peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata jangkaan itu berdasarkan trend pengundian dan peratusan keluar mengundi pada pilihan raya terdahulu.

“Saya tak berani nak letak (peratusan mengundi) tinggi sangat. Kebiasaannya kalau Pilihan Raya Kecil ini jumlah pengundi yang akan keluar mengundi tidak seramai pilihan raya umum.

“Jadi, saya boleh jangka tidak kurang 70 peratus pengundi akan keluar mengundi esok, kalau lebih itu lagi baik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan persiapan akhir hari pengundian PRK DUN Pengkalan Kubor di Dewan Mahligai, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini.

Sabtu lalu, 96.3 peratus atau 105 daripada 109 pengundi awal di DUN berkenaan terdiri daripada anggota polis sudah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Abdul Aziz berkata, ramalan cuaca esok juga dijangka baik, dengan sebelah pagi diramalkan mendung seketika, diikuti hujan pada tengah hari sebelum panas, sebelah petang.

Ditanya mengenai persiapan akhir untuk hari pengundian esok, Abdul Aziz berkata kerja pemeriksaan peti undi di dewan MRSM itu yang bermula jam 9 pagi sehingga tengah hari tadi, berjalan lancar.

Sebanyak 11 Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan dibuka pada pilihan raya kecil itu dengan 45 saluran tempat mengundi dibuka untuk undi biasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 435 petugas pilihan raya yang sudah dilantik akan membantu mengendalikan perjalanan proses pengundian kelak.

Abdul Aziz juga memaklumkan keputusan penuh PRK DUN Pengkalan Kubor dijangka diketahui lebih awal, namun SPR memutuskan akan mengumumkannya dalam jam 9 malam esok.

“Kita nak bagi semua pengundi selesaikan dulu waktu Maghrib dan Isyak. Kita tidak mahu terlalu terburu-buru walaupun kita jangkakan keputusan dapat diketahui lebih awal daripada waktu itu (9 malam),” katanya.

Menyentuh mengenai dakwat kekal, beliau menjelaskan ia masih digunakan seperti biasa pada PRK kali ini.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menasihatkan pengundi membawa dokumen seperti kad pengenalan ketika mahu membuang undi serta diingatkan tidak menyerahkan kad berkenaan kepada mana-mana individu selain pegawai SPR.

Penyokong dan jentera parti juga diingatkan tidak meraih dan merayu undi ketika proses pengundian sedang berjalan.

“Kepada calon yang menang juga (esok), jangan seronok sangat sehingga membuat tindakan provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan. Sebaiknya juga calon yang kalah datang sekali ketika pengumuman keputusan esok.

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa, Tumpat akan digunakan sebagai pusat penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan penuh. – BH Online

Tags: PRK Pengkalan KuborSPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piala Liga: Liverpool Layak, Arsenal Dan Everton Tersingkir

Next Post

Bawa Teman Wanita Masuk Rumah Keluarga

Related Posts

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

PRK Ayer Kuning: SPR Keluarkan 116 Kertas Undi Pos

14/04/2025
0

TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 116 kertas undi pos kepada pengundi kategori itu yang berdaftar untuk Pilihan Raya Kecil...

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

PRK DUN Mahkota 28 September, Penamaan Calon 14 September – SPR

13/08/2024
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada...

Next Post

Bawa Teman Wanita Masuk Rumah Keluarga

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd