• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penuntut Afrika Yang Dirawat Di Kuching Bebas Ebola

oleh AK-47
17/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar Malay Mail bertarikh 15 September 2014 yang melaporkan mengenai sebuah kes yang disyaki dijangkiti penyakit virus Ebola (Ebola virus disease: EVD) melibatkan seorang lelaki warga Zimbabwe berusia 24 tahun, yang juga merupakan seorang pelajar dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negeri Sarawak.

Mangsa mengalami demam, sakit tekak dan batuk bermula pada 13 September 2014 dan dirawat sebagai jangkitan saluran pernafasan di Hospital Umum Kuching, Sarawak (HUS).

Buat masa ini beliau berada dalam keadaan stabil. Untuk makluman juga buat masa ini Zimbabwe tidak disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang dijangkiti EVD.

Kes berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan antarabangsa dan tiada sejarah mempunyai kontak dengan pesakit EVD dalam tempoh 21 hari sebelum beliau mula menunjukkan gejala.

Sehubungan itu, setelah siasatan dijalankan buat masa ini kes ini tidak disyaki sebagai menghidap EVD.

KKM bekerjasama rapat dengan semua Kementerian dan Agensi yang berkaitan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kesiapsiagaan menghadapi penularan penyakit EVD ke dalam negara.

Melalui pemantauan berterusan yang dijalankan, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga kini tiada kes yang disahkan menghidap EVD di Malaysia.

KKM melalui Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan akan terus memantau situasi kejadian ini dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tags: AfrikaEbola
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada ‘Laporan Misteri’ MH370 – Kedutaan Indonesia

Next Post

Kontrak Ahmad Jauhari Dilanjutkan Setahun Lagi

Related Posts

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

Kes COVID-19 Afrika Cecah 9.51 Juta

29/12/2021
0

ADDIS ABABA: Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang Selasa, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit...

Next Post

Kontrak Ahmad Jauhari Dilanjutkan Setahun Lagi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd