• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Hotel Didakwa Menyamar ‘Unit Risikan Khas’

oleh AK-47
10/09/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pengurus hotel hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam dengan jawatan ‘Unit Risikan Khas’ Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan Negara, bulan lepas.

Mohd Shamsul Azreen Atan, 30, didakwa melakukan penyamaran itu untuk melepaskan seorang rakannya dengan menunjukkan dokumen berbentuk kad kepada pegawai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Pusat Hiburan Hitz Club, Jalan Melaka Raya 8, Taman Melaka Raya di sini pada 3 pagi, 30 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 15 Okt untuk sebutan semula dan pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid manakala tertuduh diwakili peguam Faiezad Razali. – BERNAMA

Tags: KDNkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd