• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengkalan Kubor : Suasana Setakat Ini Amat Menyebelahi Calon BN

oleh AK-47
19/09/2014
dalam Hangat, Politik
1
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Suasana pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ketika ini dilihat sangat menyebelahi dan memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail (Gambar atas) berikutan rekod latar belakangnya yang begitu baik dalam khidmatnya sebelum ini.

Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata selain faktor calon yang hebat, pergerakan kerja kempen oleh jentera BN khususnya dari Pengkalan Kubor amat baik dan berjalan lancar bekerjasama dengan jentera dari luar yang membantu.

“Yang mustahaknya, jentera di Pengkalan Kubor ini.. Saya berpuas hati mereka bergerak, bekerja sebagai satu pasukan dan kami membantu daripada luar Kelantan, negeri-negeri juga bantu. Jika perlu kita akan tambah.

“Daripada jentera kita (BN) ada lebih kurang 1,000, apabila dekat dengan pilihan raya biasanya kita akan ada jentera tambahan, setakat ini kita rasa mencukupi,” katanya dalam sidang media di Pengkalan Kubor hari ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di pejabat Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Tumpat.

Menurut Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) BN DUN Pengkalan Kubor berkata sambutan yang diterima daripada pengundi untuk calon Mat Razi amat baik tetapi BN tidak mahu jenteranya alpa dalam mengharungi tempoh berkempan ini.

PCTokPa_1

“Sambutan baik, tetapi kita tidak mahu leka, walaupun baik kita ada seminggu lagi. Kita tidak pernah kata kita yakin di sini, kita “underdog” kita kena kerja kuat walaupun calon ada kelebihan.

“Kita yakin calon kita jauh lebih baik dari calon PAS, sambutan pun amat baik sekali berbanding dengan calon PAS, dari segi pendidikannya, pergaulannya dan agamanya kita rasa calon BN lebih baik, tetapi bukan calon sahaja parti kita pun lebih baik kerana banyak berjuang untuk rakyat Kelantan,” katanya.

Biarpun dilihat berada pada landasan kukuh untuk menang pada 25 September ini, Mustapa jauh sekali mendabik dada dan tidak mau jentera BN alpa dan mengambil mudah cabaran PAS.

“Saya tidak mahu jentera saya alpa kerana kita akan diserang hebat. Orang PAS ni, dia senyap-senyap, mereka ada kaedah tersendiri, jangan kita memperlekehkan kekuatan PAS, saya tidak pernah memperkecilkan tentangan yang datang daripada PAS ini,” katanya.

Kempen PAS ketika ini sudah pun masuk ke peringkat menyerang peribadi calon dengan melemparkan pelbagai fitnah ke atas Mat Razi.

Mustapa berkata itu membuktikan PAS sudah mula gerun akan kebolehan dan kelayakan calon BN yang memang dilihat amat dikenali dalam kalangan penduduk di sekitar Pengkalan Kubor.

http://youtu.be/AU6CeiwDjAY

Pada PRK di Pengkalan Kubor, BN menghadapi cabaran daripada PAS dengan wakil mereka Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Tags: BNPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Tiba Untuk Lawatan Kerja Di Terengganu

Next Post

Budu Turut Terima Tempias PRK Pengkalan Kubor

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post

Budu Turut Terima Tempias PRK Pengkalan Kubor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd