Sample Page Title

Rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor hari ini meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk membawa bapanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).

Mukhriz yang hadir hari ini di Kampung Geting meninjau kempen pilihan raya dalam reaksinya berkata jentera di PRK Pengkalan Kubor yang sebenarnya harus yakin dalam meyakinkan pengundi di DUN Pengkalan Kubor tidak kita Dr Mahathir hadir atau tidak.

“Tun M (Dr Mahathir) sudah bersara 11 tahun, saya ingat kalau lepas 11 tahun pun kita masih lagi bergantung harap kepada beliau untuk meyakinkan rakyat tentunya ini bukan satu petanda yang baik.

“Saya ingat kita sendiri kena bersungguh-sungguh untuk memberi jaminan kepada rakyat mengenai pentingnya rakyat terus memilih Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media di Kampung Geting, Pengkalan Kubor hari ini.

Bukanlah menidakkan kehebatan bapanya dalam keboleh meyakinkan rakyat akan kepentingan BN, tetapi Mukhriz tidak mahu berjanji apa-apa bimbang sekiranya bapanya tidak dapat hadir ke Pengkalan Kubor, itu akan menjadi alasan kekalahan BN pad PRK itu.

http://youtu.be/D5StadgeShk

“Biarlah jika dia (Dr Mahathir) bercakap sekalipun, biarlah itu sebagai bonus di atas kerja baik yang telah kita lakukan sebelum ini,” katanya.

Dalam program yang dihadirinya, Mukhriz menyampaikan sumbangan zakat kepada 200 orang penerima di kawasan Kampung Geting dan juga mengadakan kenduri rakyat untuk penduduk kampung berkenaan tengah hari tadi.


DSC_7739 DSC_7743 DSC_7747 DSC_7751 DSC_7753

Terdahulu, Mukhriz merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Semarak, Kampung Pulau Lima.

Ketika majlis, calon BN Mat Razi Mat Ail tiba di lokasi prorgam dan sempat menemui Mukhriz untuk bersalaman sebelum meneruskan kempennya menjelang hari mengundi pada 25 September ini.

http://youtu.be/nRvmJx5pLjc

Mat Razi akan menentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan seorang calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary pada PRK itu.

Dr Mahathir telah pun bersara sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2009 dan ketika itu beliau diganti oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto dan Video : RIZA RAZAK

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...