Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Zain Minta Anak Lagi,...

AHAD lalu genaplah sudah usia perkahwinan pasangan terkenal Zain Saidin dan Rozita Che...

Projek Bina Tapak Helikopter...

KUALA LUMPUR -  Pembinaan tapak pendaratan helikopter termasuk infrastruktur asas yang lain bagi...

Kes Tibi Menurun 21...

SANDAKAN - Kes penyakit Tibi di daerah ini menurun 21 peratus dalam tempoh...

Ahmad Bashah Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga nama diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Pengarah Kastam Negeri Antara Direman Kes Seludup Arak,Rokok

SEORANG pengarah Jabatan Kastam negeri berpangkat Datuk antara 13 kakitangan dan pegawai kastam yang ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket membawa masuk rokok dan arak bermutu tinggi ke negara ini.

Memetik laporan BH Online, kesemua mereka berusia antara 32 dan 57 tahun tiba di di Mahkamah Majistret Petaling Jaya kira-kira jam 9.50 pagi tadi dengan berpakaian lokap.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid mengarahkan mereka direman tujuh hari bermula hari ini.

Semua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.


Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi besar-besaran di Lembah Klang, hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIMEBUSTERZ    

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori