Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

MCA Agih 2,900 Kasut...

SEREMBAN - Sebanyak 2,900 pasang kasut sekolah hasil daripada Kempen Derma Kasut anjuran...

Pokok Tumbang Jejaskan Laluan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan tren komuter dan ETS KTM Berhad (KTMB) mengalami gangguan...

MP PAS Kesal Sikap...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Rantau Panjang, kesal dengan sikap Timbalan Menteri kerajaan...

Aliff Syukri Beli Kondo...

SEBILANGAN daripada kita sentiasa menyimpan keinginan atau cita-cita yang besar dan hebat.Cita-cita dan...

Penerima Dana Untuk Biayai Aktiviti Keganasan Dikenal Pasti

TUMPAT - Polis telah mengenal pasti rakyat Malaysia yang menerima sebanyak RM110,300, yang dimasukkan ke dalam akaunnya menerusi kiriman wang Bisotel Rieh Global Money Transfer di Australia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, polis sedang memburu individu terbabit.

“Ya, kita sekarang tahu siapa individu ini tetapi saya tidak boleh untuk memberitahu namanya. Biarlah polis mengendalikan kes ini,” katanya kepada The Star.

Zahid berkata, individu itu akan dikenakan tindakan keras sekiranya didapati menerima dana untuk sebarang aktiviti berkaitan keganasan.


“Kita tidak boleh membenarkan sebarang transaksi untuk membiayai aktiviti-aktiviti menyalahi undang-undang, termasuk membiayai aktiviti keganasan.

“Mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan keras. Kita tidak akan berkompromi mengenai perkara ini,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori