• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Mahu BN Kekal, Teruskan Agenda Pembangunan

oleh Ahmad Albab
24/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Rata-rata penduduk mahukan Barisan Nasional (BN) terus kekal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, Khamis ini, supaya pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan itu.

Calon BN, Mat Razi Mat Ail, berkata penduduk juga mahukan pemimpin yang mempunyai hubungan dengan kerajaan pusat agar segala masalah dapat diusulkan terus kepada pihak atasan.

“Penduduk ingin BN terus kekal bagi membolehkan agenda pembangunan di peringkat akar umbi dapat diteruskan dan mereka mahukan wakil rakyat yang ada hubung kait dengan BN.

“Jika ada sebarang permasalahan, segala permohonan akan diusulkan terus ke peringkat tertinggi,” katanya dalam sidang akhbar di Pantai Sri Tujoh di sini, hari ini.

Mat Razi berkata, beliau mengunjungi kesemua 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Pengkalan Kubor dalam tempoh berkempen PRK itu.

“Saya dah pergi ke semua PDM dan pemantauan akan disusuli pada hari ini dan juga esok bagi memantapkan lagi persiapan sebelum hari pengundian.

“Pagi ini pun saya dah berkunjung ke 15 buah rumah dan ini adalah strategi penting kerana penduduk sukakan pemimpin yang mendekati rakyat,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mat Razi, calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar daripada BN pada 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: BNPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd