Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Buat Kejutan Hari Jadi,...

NAMA Rita Rudaini memang tak perlu lagi diperkenalkan sebagai salah seorang pelakon terkenal...

Hormati Privasi Mangsa Richard...

KUALA LUMPUR - Polis meminta orang ramai agar menghormati hak privasi keluarga dan...

Rebecca Nur Islam ‘Perang...

MINGGU ini, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita mengenai pelakon, Rebecca Nur Al...

Isu Dana RM2.6 Bilion:...

ALKISAH ketika majlis bersama Timbalan Presiden UMNO (waktu itu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di...

Pecat Khalid: Wan Azizah, Saifuddin Ke ROS Esok

PETALING JAYA – Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu.

Kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang.

Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit.


“Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal dan atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu),” katanya.

Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu.

Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori