• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan SPM Tidak Bocor: Pemuda Gerakan WP

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan yang antara lain menggesa   agar langkah tegas diambil bagi memastikan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak bocor.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan Ong Siang Liang yang ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum itu berkata kebocoran kertas peperiksaan awam mengakibatkan kos yang tinggi antaranya dari segi mencetak semula kertas peperiksaan, logistik dan elaun guru.

“Kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bukan sahaja memberikan tekanan kepada murid-murid, malah memberikan kesan buruk dan menyusahkan para ibu bapa serta guru,” katanya di sini.

Pada 10 Sept lepas kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 UPSR 2014 ditangguhkan ke 30 Sept ini setelah didapati bocor, dan sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 juga bocor. Ekoran itu tarikh baharu peperiksaan bagi dua kertas itu ditetapkan pada 30 Sept.

Isnin lepas, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan kertas peperiksaan Matematik 015/1 (Sekolah Kebangsaan), 025/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 035/1 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) dan Bahasa Tamil 036, 037 UPSR yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ditetapkan pada 9 Okt.

Mengikut takwim peperiksaan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan, peperiksaan bertulis bagi SPM akan berlangsung pada 3 Nov hingga 22 Dis 2014. – BERNAMA

Tags: SPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘So Sweet’: Wanita Kahwin Dengan Potongan Kadbod Edward Cullen

Next Post

Lelaki Dipenjara 45 Tahun & 16 Sebatan Kerana Rogol & Samun

Related Posts

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

Pelajar Cemerlang Meninggal Dunia Sehari Sebelum SPM

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Seorang calon pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berusia 17 tahun meninggal dunia akibat strok sehari sebelum peperiksaan...

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

PM Pertahan KPM Tempatkan Calon SPM Terjejas Banjir Di Asrama

04/12/2024
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas...

Next Post

Lelaki Dipenjara 45 Tahun & 16 Sebatan Kerana Rogol & Samun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd