Sample Page Title

BATU PAHAT – PAS tidak akan membenarkan mana-mana anggotanya terlibat dengan kumpulan yang bertindak ganas dan bercanggah dengan etika berperang dalam Islam, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berucap ketika merasmikan Muktamar PAS ke-60 di Parit Raja di sini Khamis, Presiden PAS itu berkata, dunia Islam telah dikejutkan dengan kemunculan kumpulan yang dinamakan ISIS (Negara Islam Iraq dan Syria) dan kumpulan yang bertindak secara melampau.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahlinya terlibat dengan mana-mana kumpulan yang bertindak ganas melangkaui fiqh-jihad, malah bercanggah dengan etika berperang dalam Islam,” kata beliau dalam ucapan dasarnya.

Abdul Hadi berkata ISIS dan kumpulan-kumpulan lain yang bertindak ganas itu berperang sesama sendiri sehingga dianggarkan lebih daripada 3,000 yang dikaitkan dengan pejuang Mujahidin terbunuh akibat pertempuran sesama sendiri.

Dalam pada itu, beliau berkata campur tangan asing tidak boleh sesekali dibenarkan di bumi umat Islam, sambil memberi contoh rakyat Syria perlu diberi peluang untuk menentukan masa depan negara mereka sendiri tanpa sebarang campur tangan asing.

Menurut Abdul Hadi, PAS mahu pertumpahan darah yang sedang berlaku di Syria dihentikan segera berikutan bilangan kematian dalam kalangan orang awam kini telah mencecah 200,000, manakala empat juta rakyatnya yang lain menjadi pelarian di negara-negara jiran.


Namun apa yang pasti, beliau berkata kerajaan Damsyik yang dipimpin oleh Presiden Bashar al-Assad perlu diturunkan dengan segera.

Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza yang telah berjaya berhadapan dengan kekejaman tentera Zionis selama dua bulan.

“Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifada yang diterajui oleh Hamas di bumi suci Palestin,” katanya dan menambah, parti itu juga mengutuk sikap “berat sebelah” kuasa-kuasa Barat dalam isu Palestin.

Abdul Hadi juga melahirkan rasa prihatin parti itu terhadap nasib masyarakat Islam di Bangladesh dan Myanmar yang terus dibebani dengan konflik yang sehingga kini tidak nampak jalan penghujungnya.

PAS menurutnya, ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran itu supaya menghentikan kekejaman yang sedang berlaku itu. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...