BERITA baik untuk kaki melancong, sila berkunjung ke pameran Matta yang bermula hari ini sehingga Ahad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mendapatkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik.
Antaranya, pelancongan Liga Perdana Inggeris (EPL) oleh agensi pelancongan tempatan terbesar, Mayflower Group yang ditawarkan kepada peminat bola sepak yang ingin melancong sambil menonton perlawanan kelab kesayangan masing-masing.
Antaranya perlawanan bagi kelab Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester United dan Tottenham.
Pakej yang meliputi penginapan terdekat selama dua malam beserta tiket perlawanan ditawarkan pada harga serendah RM1,711 membolehkan anda menikmati pengalaman menyaksikan secara langsung kelab bola sepak anda beraksi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datin Josephhine Low berkata, jika sebelum ini peminat bola sepak mengalami kesukaran untuk menyaksikan perlawan kelab kesayangan mereka, kini Mayflower merealisasikan impian mereka.
Selain itu, antara tawaran menarik dari Mayflower adalah pakej pelancongan Muslim yang direka khas bagi percutian kecil untuk seisi keluarga atau rakan-rakan.
“Kami menyedari ada pelancong yang mengalami kesukaran kerana terpaksa menyertai rombongan dari orang yang tidak mereka kenali.
“Tetapi, di Mayflower kami menawarkan pakej keluarga dan rakan-rakan. Mereka boleh menyusun atur jadual lawatan yang lebih fleksibel pada harga berpatutan. Sebagai contohnya pakej 5 hari 4 malam ke Beijing serta lawatan ke Tembok Besar China serendah RM545 seorang.
http://www.youtube.com/watch?v=poy2vKGKTaQ
Oh yer, bagi mereka yang ingin mencipta kelainan untuk percutian, Mayflower turut menawarkan pakej unik seperti pelancongan mewah ke destinasi pilihan di seluruh dunia.
Antaranya percutian ke pulau peribadi milik jutawan Britain terkenal, Sir Richard Branson di Necker Island, Carribean dengan harga RM118,199 untuk dua orang selama tujuh malam! Wow! Bilalah nak merasakan… :- MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA
