• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAGE Tak Terkejut Soalan Bocor, Dakwa Ia Berlaku Saban Tahun

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) dilaporkan tidak terkejut dek kejadian kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlaku.

Semalam, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam satu kenyataan berkata kertas soalan Sains telah didapati bocor dan peperiksaan yang sepatutnya berjalan hari ini ditangguhkan.

Pelajar akan menduduki peperiksaan subjek itu pada 30 September. Hari ini, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pula mengumumkan kertas soalan Bahasa Inggeris 1 dan 2 juga bocor dan pelajar perlu mendudukinya semula.

Dalam kenyataan PAGE, Pengerusinya Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata kebocoran soalan kertas peperiksaan sudah menjadi perkara biasa yang terjadi hampir saban tahun.

“Ia berlaku setiap tahun dan saya tidak tahu kenapa isu itu menjadi terlalu besar tahun ini,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Menurut beliau, Kementerian Pendidikan mesti melakukan siasatan kes ini dan mengenalpasti individu terbabit.

“Siapa yang harus bertanggungjawab perlu didedahkan dan digantung dari jawatannya untuk mengelakkan insiden ini dari berulang,” ujarnya.

Tegasnya, kementerian juga perlu menjelaskan difinisi kebocoran yang dimaksudkan.

“Jika ia adalah kertas difotokopi atau kertas soalan mempunyai perkataan yang sama, maka ia tidak dianggap bocor,” katanya.

Peperiksaan bagi kertas Sains mengikut jadual asal sepatutnya diduduki pada hari ini tetapi kini ditangguhkan kepada 30 September iaitu selepas cuti penggal persekolahan.

Siasatan awal Lembaga Peperiksaan mendapati soalan bagi kertas peperiksaan mata pelajaran itu telah tersebar menerusi media sosial.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam reaksinya meminta maaf kepada semua calon UPSR dan ibu bapa berhubung penangguhan itu. -  MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: PendidikanUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd