Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Dah Lebih Ni… Akhbar...

BENARLAH kata orang, jika memang sudah benci kepada Barisan Nasional (BN), apa sahaja...

Pekerja Filipina Maut Kepala...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki Filipina maut selepas kepalanya tersepit pada mesin acuan...

Pesakit Teruja Najib Lawat...

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata tambahan peruntukan...

Bonus RM1,000 Untuk Penjawat...

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas...

Obsesi Untuk Dapat 5A Perlu Dihentikan- Pendidik

TERLALU obses untuk mengejar gred hanya menjadikan sekolah sebuah institusi yang menakutkan kerana mengenepikan proses pembelajaran yang sebenar.

“Saya mesti dapat 5A dalam UPSR. Ini hasrat saya. Hidup saya akan senang kelak, jika saya dapat gred baik,” kata seorang murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Oleh itu, M Rushill dari sebuah sekolah di Cheras sentiasa berjaga malam untuk mengulang kaji pelajaran tanpa mendapat bantahan ibu bapanya. Dia juga mahu mencontohi beberapa ahli keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran mereka.

Bagi pensyarah Universiti Tuanku Abdul Rahman, Norazleen Mohamad Noor, perkara seperti itu sesuatu yang membimbangkan.

Beliau berkata, sangat malang jika dipercayai bahawa masa depan kanak-kanak yang mendapat banyak A dalam peperiksaan akan lebih cerah masa depannya berbanding kanak-kanak yang mendapat banyak C.

“Proses pembelajaran sebegini adalah berbeza berbanding di negara maju,” katanya yang dipetik dari Bernama.


Profesor Dr Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia pula berkata, perlu disedari bahawa pembelajaran adalah untuk membina keperibadian dan nilai.

“Perlu ditanya apakah makna gred, apakah yang ia gambarkan,” katanya.

Sebenarnya, perkara ini ada banyak kebenarannya. Ibu bapa jangan menilai anak-anak mereka berdasarkan berapa banyak A yang diperoleh. Hentikan memmbanding kejayaan anak dengan kanak-kanak lain.

Banyak lagi perkara lain yang perlu dipupuk dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ini kerana setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan sendiri mereka sendiri.  :- MYNEWSHUB.CC

Oleh: MAMAISYQI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori