• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyaris ‘Terlajak’ Dengan Pondan Di Surau Taman Tasik Permaisuri…

oleh AK-47
26/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMAN Tasik Permaisuri yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras memang popular dengan kegiatan riadah para penduduk warga kota.

Namun ramai yang tidak tahu, taman yang kelihatan tenang di waktu siang itu PANAS dengan kegiatan sumbang di sebelah malamnya.

Setiap malam ramai pasangan muda mudi yang bercumbu di balik kegelapan malam, terdapat juga golongan remaja maknyah yang menawarkan khidmat seks serta kelompok lelaki gay yang melampiaskan nafsu mereka di situ.

46085476

Seorang pengunjung yang ditemui baru-baru ini, tidak menafikan perkara itu malah mengakui pernah hampir ‘terlanjur’ dengan salah seorang maknyah yang berpeleseran di kawasan tasik itu.

Menurut Boy, 19, setiap malam terutama di malam minggu dia dan puluhan rakannya akan berkumpul di kawasan sekitar tasik untuk berbual-bual kosong.

” Pada satu malam tu, ada seorang maknyah menghampiri saya. Lama kami berbual kemudian dia memegang tangan saya sebelum mengajak saya ke sebuah bangunan kecil di sudut taman tersebut yang gelap gelita.

” Dia kemudiannya menggoda saya untuk melakukan maksiat, sampai saja di bangunan itu tiba-tiba saya ternampak satu papan tanda.  Ya Allah, surau rupanya!,” kata Boy yang terus beredar sebaik saja mengetahui bangunan kecil itu adalah tempat beribadah.

images

Menurut Boy, maknyah itu mengaku menjadikan surau tersebut sebagai ‘port’ untuk melakukan perkara yang terkutuk itu.

Jelasnya, dengan keadaan sekeliling yang gelap gelita, ramai tidak tahu bangunan kecil yang dimaksudkan adalah sebuah surau.

asmara2

Menurut salah seorang peniaga, Ijam (bukan nama sebenar), sebelum ini memang ada serbuan daripada pihak berkuasa seperti JAWI dan polis namun ia dibuat secara berkala.

Malah, katanya, dia tidak lihat kelibat anggota penguatkuasa di situ sejak dua bulan lalu.

” Yang ada hanyalah anggota polis bermotorsikal…namun secara peribadi saya merasakan ia tidak cukup untuk membendung masalah sosial di taman tasik itu.

” Kami yang berniaga di sini memang ‘sakit mata’ melihat apa yang berlaku, adakalanya bila dah tak sabar tu, kami ada juga memarahi mereka tetapi pada mereka kemarahan kami itu hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

” Selalunya ibu bapa yang datang bersama-sama anak mereka untuk beriadah di sini terpaksa berpatah balik bila melihat kelibat golongan yang tak tahu malu itu,” kata Ijam dengan nada kesal.

1b

Diharapkan pihak berwajib dapat melipatgandakan usaha untuk membendung penyakit sosial di Taman Tasik Permaisuri ini.

Makin lama ia semakin menjadi-jadi hingga menjadi jolokan ‘sarang maksiat’ oleh para penduduk kawasan sekitar.

Letih dik…. – Mynewshub.cc

 

 

 

 

Tags: gay
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kemampuan Aset Ketenteraan TUDM Diyakini

Next Post

‘Bangang’ Kritik Kemenangan Nicol – KJ

Related Posts

SK Cyberjaya (2) Dijangka Siap 2028 Tangani Isu Kepadatan Murid

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

21/03/2024
0

DUBLIN: Leo Varadkar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri (PM) Ireland dan ketua parti Fine Gael dalam gabungan pemerintah dengan...

Cacar Monyet Bukan Penyakit Gay – WHO

29/05/2022
0

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jangkitan virus cacar monyet yang dikesan terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat...

Next Post

'Bangang' Kritik Kemenangan Nicol - KJ

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd