• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

New Hollywood, Kopitiam Cina Jadi Tumpuan Semua Bangsa

oleh AK-47
10/09/2014
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Di Jalan Lee Kwee Foh, Canning Garden, Ipoh terdapat satu kedai kopi Hainan yang begitu sinonim dengan penduduk Ipoh tidak kira berbangsa Cina mahupun Melayu yang beragama Islam.

Pelanggan tetapnya difahamkan bukan sahaja dari orang biasa tetapi juga dari golongan VIP seperti pemimpin kerajaan dan kerabat Diraja negeri Perak.

Itulah keunikan yang terdapat di Restoran New Hollywood yang mementingkan keperluan penggunanya tidak kira apa bangsa dan agama.

Pengendalinya Chan Jit Keong telah pun menjalankan perniagaan New Hollywood dengan isterinya selepas mewarisinya dari keluarga.

Chan berkata mereka mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan keyakinan daripada pelanggan Melayu dan beragama Islam akan makanan yang dihidangkan tidak menggunakan daging babi.

“Semuanya bermula sekitar tahun 70-an apabila ibu saya ditemui ramai pelajar yang belajar di kolej berdekatan.

“Mereka mahu ibu saya menyediakan hidangan tanpa ada daging babi kerana pada ketika itu, pilihan lokasi makanan di Canning Garden begitu terhad.

“Apabila melihat golongan pelajar yang ramai, ibu pun bermesyuarat dengan para peniaga lain dan mereka membuat keputusan untuk mencubanya,” katanya dipetik portal The Rakyat Post.

Para penjaja kemudian mula menjual hidangan tradisional Cina seperti Chee Cheong Fun dan Mee Wantan dengan menggunakan ayam berbanding daging babi.

Perubahan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Pada 1978, Chan berkata Allahyarham Sultan Idris Iskandar Shah II menjadi penaung restoran kopitiam itu selepas baginda menjadi pelanggan tetapnya apabila berjalan bersiar-siar di kawasan sekitar.

“Selepas itu, ramai ahli kerabat Diraja dan bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib turut menjadi pelanggan setia restoran New Hollywood.

“Dengan restoran itu menjadi pilihan mereka, keyakinan orang ramai bertambah dan percaya makanan yang dihidangkan di restoran itu halal,” kata Chan.

Beliau berkata banyak kedai kopitiam lain cuba berubah dengan menyediakan makanan yang tidak berasaskan babi tetapi tidak berjaya.

Pada 31 Ogos 1988, kedai itu berpindah ke sebuah lot baru berhampiran lokasi asalnya.

Sejak dua tahun lepas, populariti kopitiam New Hollywood meningkat mendadak hasil perkongsian orang ramai dari bibir ke bibir dan juga bantuan media sosial seperti Foursquare dan Facebook.

“Kebanyakan pelanggan Melayu Islam datang dari Lembah Klang.

“Mereka menerima maklumbalas daripada rakan Muslim lain yang pernah ke sini untuk menikmati hidangan tempatan Cina yang bebas penggunaan daging babi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Ipohmakanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Khemah Jemaah Haji Di Mina Kini Berhawa Dingin

Next Post

Pemuda PAS Minta PKR, DAP Akur Pilihan Sultan

Related Posts

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

Selepas 10 Hari Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh Kekal Misteri

27/06/2025
0

IPOH - Tiada sebarang jawapan spesifik ditemui berhubung punca bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan sekitar daerah...

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

Perak Mahu Siasatan Menyeluruh Cari Jawapan Punca Bunyi Letupan, Gegaran Di Ipoh – Saarani

21/06/2025
0

IPOH: Kerajaan Perak meminta jabatan dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mencari jawapan punca bunyi letupan dan gegaran di...

Next Post

Pemuda PAS Minta PKR, DAP Akur Pilihan Sultan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd